BERITA



KERJA AMAL DI SMK KOTA BHARU - BANJIR 2014



Pada 6 Jan 2015, beberapa ahli alumni telah membantu pihak sekolah dalam kerja-kerja membersihkan kawasan sekitar SMK Kota Bharu akibat banjir yang telah melanda negeri Kelantan. SMK Kota Bharu juga tidak terlepas daripada musibah pada tahun 2014. Proses pembersihan dilakukan dengan bantuan guru dan juga pelajar sekolah yang turut sama dalam memastikan tempat belajar berada dalam keadaan baik. 

Kerja-kerja yang dilakukan adalah melibatkan kawasan yang ditenggelami banjir dan bahagian Dewan Jati turut disaluti lumpur tebal. Kerja-kerja dilakukan dengan baik dan keseluruhan kawasan sekolah kembali kepada sedia asal.

 

 

==========================================================================

 

BAH KUNING KELANTAN 2014 – KUTIPAN AMAL MANGSA BANJIR PANTAI TIMUR DAN LAWATAN KE KAWASAN BANJIR 8 JANUARI 2015


Pada hujung tahun 2014, satu bencana besar telah menenggelamkan sebahagian kawasan di negeri Kelantan. Sebahagian besar daerah yang teruk dilanda banjir adalah daerah Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah, Machang, Tumpat, Kota Bharu dan sebahagian yang juga teruk sehingga merosakkan rumah kediaman mangsa. Sepanjang “bah kuning” melanda negeri Cik Siti Wan Kembang ini, banyak organisasi bebas atau NGO yang turut sama membantu dalam misi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir seperti bantuan makanan, air bersih, pakaian, sejadah dan sebagainya.

Antara yang paling terkesan dengan banjir kali ini ialah daerah Kuala Krai di mana sebahagian penduduk di kawasan ini hilang tempat tinggal dan juga mata pencarian. Kami selaku badan bebas yang turut bersimpati dan ingin meluahkan rasa simpati kami ini adalah dengan sama-sama membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Kami seramai 6 orang ahli alumni telah berbincang dan mencari idea untuk mengutip dana bagi membantu mangsa-mangsa yang telah ditimpa bencana.  Kami telah mengutip dana di sekitar kawasan SMK Kota Bharu dan walaupun kutipannya tidak memberangsangkan, beberapa ahli alumni telah sudi memberikan dana tambahan untuk menampung perbelanjaan bagi menyediakan bekalan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa tersebut.







Kutipan diadakan beberapa hari sebelum lawatan kami bermula. Setelah kutipan selesai, kami memulakan lawatan yang telah disertai oleh ahli alumni iaitu Zulhafizueddin, Amirul Azim, Mohd Radhi, Norrihan, Siti Nabilah dan Umi Nur Annas Fatihah dengan sebuah kenderaan menuju ke daerah yang paling teruk terjejas iaitu daerah Kuala Krai.
 
Apa yang telah kami rancang berjalan dengan lancar dan kami tiba di lokasi dengan selamat. Kami melawat beberapa kawasan di sekitar daerah Kuala Krai dan kampung-kampung yang mana telah kelihatan rumah penduduk yang seperti dimaklumkan iaitu keadaan rumah yang sangat teruk dan berbahaya untuk diduduki. Kami mula mengagihkan bantuan seperti makanan dan air bersih serta pakaian yang masih boleh digunakan kepada penduduk kampung.










































Apa yang kita dapat lihat, melalui bantuan seperti ini mampu memberikan sedikit sebanyak kelegaan tetapi masih belum cukup untuk mengubati keperitan yang dialami oleh penduduk kampung dan semua yang terlibat dalam bencana tersebut. Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana kita masih mampu merasai nikmat dan ujianNya kerana setiap ujian yang Allah berikan adalah untuk menguji setiap hambaNya dan ujian yang diberikan adalah mengikut kemampuan hambaNya dan Allah tidak pernah membebankan hambaNya melainkan atas kehendakNya.


Kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli alumni yang terlibat dalam misi bantuan kali ini serta sumbangan penderma sepanjang kutipan dilakukan. Diharapkan kita masih dapat bersama dalam apa jua gerak kerja yang akan diadakan kelak bagi membantu masyarakat disekeliling kita. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Akhir kata, semoga Allah SWT memberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda kepada anda semua.

ZULHAFIZUEDDIN, AZIM, RADHI(PHOTOGRAPHER), NABILAH, NORRIHAN, UMI

No comments:

Post a Comment