Sejarah Pertubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu (SMKKB) bermula dengan pertubuhan Sekolah Menengah Rendah Kota Bharu 1 (SMKB 1) dan Sekolah Menengah Rendah Kota Bharu 2 (SMKB 2) pada tahun 1965 iaitu selaras dengan perlaksanaan sistem anika jurusan.
Pada peringkat awalnya, SMKB 1 dan SMKB 2 diletakkan di bawah pentadbiran yang berasingan dan menumpang di bangunan Sekolah Indera Putera. Walaubagaimanapun pentadbiran kedua-dua sekolah ini telah disatukan di bawah seorang guru iaitu En. Nik Yusoff Hj. Nik Daud pada tahun 1967. Pada tahun 1969, SMKKB mula mempunyai bangunan sendiri dengan terbinanya blok atas seperti yang ada sekarang iaitu blok A dan blok B. Pada tahun 1975, bangunan tambahan telah siap dibina iaitu bangunan blok C dan Bengkel Seni Perusahaan.
Pada tahun 1980an, SMKKB telah menerima lagi tambahan bangunan dan kemudahan asas. Ini termasuklah bangunan serbaguna, sebuah musalla dan bilik Pusat Sumber Sekolah (PSS) serta 3 buah bilik Kemahiran Hidup (KBSM). Dalam usaha mencapai cita-cita pelaksanaan satu sesi persekolahan di seluruh negara, SMKKB sekali lagi menerima bangunan tambahan tiga tingkat yang boleh menampung 21 bilik darjah dan disiapkan pada bulan Ogos 1990. Pembinaan Makmal Sains dan pentadbiran satu bangunan tambahan 4 tingkat siap pada bulan Ogos 1995.
Pada tahun 2002, SMKKB telah menerima lagi tambahan bangunan dan kemudahan asas. Bangunan tersebut dibina di tapak bangunan kantin yang lama. Bangunan 4 tingkat ini dapat disiapkan pada awal tahun 2003, bangunan tersebut dijadikan sebagai bilik mesyuarat, bilik tayangan dan selebihnya bilik darjah bagi menampung bilangan pelajar semakin meningkat. Di tingkat bawah bangunan, dijadikan sebagai kantin di SMKKB.
PENGETUA
BIL
|
TAHUN
|
PENGETUA
|
01.
|
1965 - 1966
|
En Khaw Mong Hua
|
02.
|
1966 - 1968
|
En Henry Fareira
|
03.
|
Jan 1969 - Jan 1972
|
En Raj Kumar
|
04.
|
Dis 1972 - 1977
|
En Phang Ngit Min
|
05.
|
April 1977 - Jan
1980
|
En Sabri b Salleh
|
06.
|
Jan 1980 - Mac 1983
|
En Yusof b Hj Nik Daud
|
07.
|
April 1983 - 1984
|
En Abdul Halim b Ismail
|
08.
|
Feb 1984 - Jan 1989
|
Pn Hjh Kamariah bt Jalil
|
09.
|
Feb 1989 - Dis 1990
|
Tn Hj Muhammad b Ab Rahman
|
10.
|
Mac 1991 - Dis 2000
|
Tn Hj Ab Rashid b Yusoff
|
11.
|
Jan 2001 - Feb 2004
|
Pn Hjh Rohani bt Ismail
|
12.
|
16 Mac 2004 - 25 Jun
2008
|
Pn Hjh Wan Yam bt Wan Sulaiman
|
13.
|
14 Ogos 2008 - 13
Dis 2010
|
Pn Hjh Wan Radziah bt Wan Mustapa
|
14.
|
15 Dis 2010 - 30 Jan
2012
|
Pn Hjh Mazenah bt Mohamed
|
15.
|
23 Sept 2012
– Nov 2014
|
Pn Hjh Fauziah bt Mohamed
|
16.
|
Dis 2015 - Sekarang
|
Pn Hjh Wan Dalilah Bt Wan Alwi
|
LAGU SEKOLAH
SMKKB Sekolahku
======================
Namamu megah dicanang
SMK Kota Bharu indah tersergam
Pelajar gemilang sekolah terbilang
Itulah motto dipegang
Sahsiah dibentuk setiap hari
Ilmu dan amalan dibaji
Pelajar bermaruah berjati diri
Menjadi pelajar bestari
Ibu bapa guru bertaut satu
Genggam hasrat visi dan misi
Bersatu hati tiada rasa jemu
Untukmu putra putri
Kami bertekad menjunjung visi
Pelajar gemilang sekolah terbilang
Akan tetap kami merealisasi
Demimu sekolahku terbilang
No comments:
Post a Comment